Tuesday, March 31, 2009

Diana dengan mainan n topi strawberry nya  

1 comments


Ni gambar Diana pakai topi strawberry yang diberi oleh pengasuhnya...Mak Nor. Rasa macam dah lama dah mummy tak upload gambar Diana. Agak sibuk la lately, walaupun banyak kisah Diana nak mummy rakamkan. Semalam Diana dah boleh mengengsot sikit-sikit ke depan, ke belakang, pusing sikit-sikit. Tapi kaki aje yang banyak main peranan. Selalu menyondol aje. Bila penat, nangis pulak. Tapi dia rajin exercise :)

Posted by Picasa

Tuesday, March 17, 2009

JOM MANDI... ANAK MUMMY SAYANG  

1 comments




Gambar-gambar semasa nak mandi...mummy suka sangat tengok gambar ni. Cute betul anak mummy ni... :)

Posted by Picasa

Wednesday, March 4, 2009

Diana di KFC  

2 comments


Bestnya tengok papa makan.... last-last Diana makan jari ngan hisap sudu je... :( lambat lagi baru boleh makan, ye sayang

Posted by Picasa

Diana dah ada hobi baru  

1 comments



Diana sekarang semakin lasak.... habis semua benda nak dicapai. mummy sibuk baca buku atau majalah... diana sibuk nak tengok sama n ramas buku tu. Nasib baik ada catalog giant ni. Mula-mula tengok gambar, last2 dikoyak pulak. apa2 pun mummy happy diana nampaknya ada minat tengok buku :) semoga jadi anak yang cerdik dan rajin...

Posted by Picasa

Sunday, February 22, 2009

wajah-wajah Diana 3-4 months  

2 comments

Posted by Picasa

Diana dah boleh meniarap  

0 comments

Diana dah meniarap, tapi dengan sikit bantuan dari mummy. Tengah baring2, dia nak mengereng. Bila mummy bagi tangan mummy, terus dia meniarap. Dulu sekejap aje dia boleh, sekarang dah lama sikit dia meniarap n boleh agah2 lagi. Cepatnya anak mummy ni membesar :)

Posted by Picasa

Monday, February 16, 2009

Alia Qaisara's aqiqah  

0 comments

Posted by Picasa14 feb 2009 lepas mummy, papa n Diana gi majlis aqiqah sepupu Diana... Alia Qaisara. Alia sebulan setengah lebih muda dari Diana. Kira sebaya la... Diana lahir 17 Oct n Alia 27 Dec. Diana mesti seronok sebab ada member main sama. Yang paling happy... Tok mama n Tok Daddy la dapat 2 cucu setahun :)